BAHASA MELAYU KUNO
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab. Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera. Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.
Monday, September 7, 2009
Posted by mirae at 11:42 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Friday, August 21, 2009
selamat bersahur
selamat bersahur semua....hari ni ari pertama bersahur...best kn kalau boleh bersahur bersama mak ngan abah..huhuhuhu...tp tk pe, ini lah lumrah hidup dalam menuntut ilmu..ilmu yang akan memberi kesenangan di dunia dan akhirat....aminn....
Posted by mirae at 2:24 PM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Esok semua umat islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. kepada mak, abah, dan abg meon di kampung selamat berpuasa. kepada yang jauh dimata dekat dihati semoga dapat menempuh bulan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan kesyukuran...aminn.... dan kepada semua umat islam saya ucapkan " Selamat Berpuasa"
Posted by mirae at 9:43 PM 0 comments
Wednesday, August 19, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Pergi ke pasar membeli mangga
Dibuat sambal segar rasanya
Beberapa hari lagi kan tiba
Puasa Ramadhan rukun ketiga
pergi ke pasar bersama bunda
Berjumpa wak haji tanpa sengaja
Segera berbuka bila waktu tiba
Sunah dengan yang manis rasa
Sambal mangga sedap rasanya
semasa sahur penambah selera
Perbanyak sedekah bulan puasa
Bertadarus Al Quran pergiat pula
Posted by mirae at 12:17 AM 0 comments





